ija868
5 tahun
Kedatangan haid 2hari
saya sudah berkahwin dan tidak memiliki anak. sekarang saya berumur 34tahun. saya ingin bertanya pada doc mengenai kedatangan haid saya hanya 2hari.adakah saya perlu mengambil ubat hormon untuk menstabilkan hormon sy balik.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, durasi haid wanita adalan 4 hingga 10 hari. Memandangkan tempoh haid anda adalah 2 hari, ia boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya:
- gaya hidup aktif ( bersukan secara berlebihan)
- berat badan yang berlebihan atau rendah
- fibroid
- Polycystic ovarian syndrome
- normal bagi segelintir wanita
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.



























