
Sulit
4 tahun
Kefahama terhadap pemasangan iucd
Saya da pasang iucd selepas melahirkan anak ke 5, lebih kurang 2 bln lps…selepas pasang tu keluar darah selama 6 hari slps 2 minggu keluar darah lg selama 3 hari…saya tk pasti tu darah haid@tidak sebab sekarang tak de keluar darah lg…da cek upt negative…saya sgt risau sbb ank ke 4 dn ke 5 selang setahun shj…walaupun da pasang iucd saya tetap mink suami pakai kondom sbb terlalu risau…umur saya sudah 42 thn…

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, pendarahan selepas pemasangan IUCD adalah perkara yang normal dan antara kesan sampingan IUCD ialah haid yang tidak teratur yang akan bertambah baik dalam masa 6 bulan. Melalui penerangan anda, haid akan kembali selepas 6-8 minggu selepas melahirkan anak.
Tidak semua IUCD akan mencegah kehamilan pada waktu awal pemasangan bergantung pada jenis IUCD yang anda gunakan. Selalunya doktor akan berikan pil perancang bersama IUCD untuk lebih selamat dan tiada masalah untuk menggunakan kondom,
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Namun, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, jika simptom anda makin teruk, saya nasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih tepat. Anda boleh klik link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi jika anda perlukan nasihat dan maklumat selanjutnya. Terima kasih.