
Sulit
5 tahun
Kefahaman tentang pesakit depression
Sy mempunyai seorang Rakan sekerja yg menyatakan dirinya depression. Dia tidak mendptkan rawatan hospital walaupun telah dinasihat berulang kali. Dia hanya pergi ke pusat rawatan islam Dan menyatakan terdpt gangguan makhluk halus terhadapnya. Dia turut menyatakan jika dia ke hospital, itu Akan menjejaskan prestasinya. Tetapi dia menyatakan simptom2 depresi seperti yg ditulis dlm media dan hal itu banyak berlaku Di rumahnya.Berdasarkan penceritaannya dia menunjukkan ciri-ciri tersebut. Sewaktu Di tempat kerja juga dia datang lewat, tidak fokus Dan bersungguh terhadap kerja. Kata -kata semangat Dan toleransi telah diberikan, dia ckp dia xmampu untuk mengubahnya.Namun yg menjadi kemusykilan sy, apabila melibatkan hal kepentingan peribadi, seperti penyediaan dokumen Naik pangkat, pegawai nak dtg memantau,hak2 yg sepatutnya dia dapat, dia bersemangat untuk menyelesaikannya Dan memastikan dia mendptkannya.
Soalan Sy disini, adakah benar Rakan saya itu benar2 depression,atau dia hanya menjadikan ‘depression’ itu alasan utk culas kerja? Tujuan Sy ingin mengetahui hal ini sbb jika benar dia sakit, Sy ingin membantunya dengan lebih baik lagi… sekarang Sy keliru dgn tingkahlakunya.
Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi rakan sekerja. Untuk makluman anda, kemurungan adalah satu diagnosis yang boleh ditegakkan oleh seorang doktor pakar psikiatri. Ia bukanlah diagnosa yang boleh diberikan oleh seorang pesakit dengan sendiri ataupun oleh pusat rawatan Merujuk kepada keluhan-keluhan yang dialami rakan sekerja, keterangan yang anda berikan belum cukup untuk mendiagnosa rakan sebagai kemurungan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.