
Anonymous
6 tahun
Kegatalan kemaluan pada kemaluan isteri saya
Keadaan kemaluan gatal, berbintik kecil merah n kencing sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Simptom kegatalan, bintik merah dan sakit ketika membuang air adalah tidak normal. Simtom ini biasanya menunjukkan kemungkinan terdapat jangkitan pada kawasan kemaluan sama ada faraj atau saluran kencing.
Namun begitu, untuk membuat diagnosis tentang punca simptom yang isteri anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan haruslah dijalankan. Oleh itu, isteri anda disarankan untuk mendapatkan nasihat perubatan lanjut agar punca masalah tersebut dapat dikenal pasti dan dirawat.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Harap membantu. Terima kasih.