Sulit
5 tahun
Kegatalan kulit dan enzima kanak kanak
Doktor,anak saya berusia 2 tahun,dia mengalami kegatalan dan kulit kering.pelbagai krim telah digunakan tetapi tidak berjaya.anak saya akan mengalami kegatalan ketika hendak tidur.doktor boleh syerkan tidak ubat apa yang sesuai untuk anak saya.terima kasih
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk memberikan diagnosis yang tepat, sejarah kesihatan, umur dan pemeriksaan perlu dilakukan kerana terdapat banyak jenis penyakit kulit yang boleh menyebabkan kemerahan.
Antara punca utama penyakit kulit yang menyebabkan ruam kemerahan pada kulit boleh disebabkan:
- Ekzema
- Psoriasis - akibat sistem imun badan menyerang kulit sendiri
- Jangkitan kuman/kulat
- Alahan dermatitis - alahan pada debu, kain dan lain-lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.





























