
Sulit
4 tahun
Kegatalan kulit kepala di usia 23 tahun
Saya seorang wanita yang berusia 23 tahun. Dan saya sering mengalami masalah kegatalan kulit kepala. Dah berbagai jenis shampu rambut saya cuba tapi masih alami masalah yang sama. Saya juga mengalami masalah bintik bintik putih seperti kelemumur setiap kali saya menggaru kepala. Terkini, saya sedang menggunakan shampu anti kelemumur dan masalah saya tidak juga selesai. Malah bintik putih seperti kelemumur turut muncul semasa saya menggaru kepala walaupun setelah mencuci rambut. Boleh dr tolong saya atasi masalah saya ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu masalah kulit kepala gatal. Untuk makluman gejala ini dapat disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- stres
- alahan
- kelemumur
- jangkitan kulit
- jerawat
- cuaca
- bisul
- folikulitis
- kutu kepala
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengatasi keguguran rambut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Dapatkan rambut yang sihat mulai hari ini !