
Anonymous
5 tahun
Kegatalan pada kulit vagina
Saya wanita 30an mengalami kencing tidak lawas pada Ahad lepas iaitu 23 Jun 2019. Puncanya saya tak pasti sama ada disebabkan oleh saya ada membeli air minuman teh o yang dijual di gerai tepi jalan atau saya telah menahan masa untuk membuang air kecil pada tengah hari berkenaan. Rasa sakit kencing tidak lawas berkenaan telah pulih pada keesokan harinya. Akan tetapi telah timbul rasa kurang selesa pada kulit vagina saya seperti gatal. Untuk pengetahuan doktor saya sedang menjalani kursus jabatan di luar daerah dan sebilik dengan saya adalah rakan yang mempunyai penyakit keputihan yang teruk. Saya juga baru habis period pada hari jumaat 21 Jun di mana kali ini cuma selama beberapa hari sahaja dan pengeluaran haid adalah sangat sedikit. Soalan saya. Adakah kegatalan pd vagina boleh berjangkit? Apakah cara untuk ubati sakit ini supaya saya rasa lebih selesa. Sekian…terima kasih.

5 tahun
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Masalah keputihan boleh disebabkan oleh banyak punca dan tidak semuanya berjangkit.
Apa yang boleh menyebabkan gatal-gatal ? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD)
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina)
- Menopaus
- Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Masalah ini dapat dirawat dengan konsultasi daripada doktor untuk mendapatkan ubat anti-kulat, anti-bakteria dan juga langkah-langkah pencegahan jangkitan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.