Anonymous
6 tahun
Kegatalan pada miss V yang kerap
Saya pelajar berumur 20 tahun , mengalami kegatalan vigina yg agak kerap . Dulu pernah juga jadi kegatalan vigina tapi sudah hilang . Tapi yg terbaru ni , agak kerap berlaku hingga hilang tumpuan nak study . Jadi saya beli satu produk local feminine wash yg mengatakan ianya diperbuat daripada bahan2 semulajadi . Bila guna , slepas basuh sahaja rasa tidak gatal , tapi xsampai 5 minit dah rasa gatal2 pada bahagian miss V. Jadi mnyebabkan saya garu hingga menyebabkan pedih apabila kencing dan basuh menggunakan air biasa . Saya dah buntu , ada cara untuk hilangkan kegatalan ni ? Atau ubat yang dok rasa sesuai ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Apa yang boleh menyebabkan gatal-gatal ? Terdapat beberapa punca yang menyebabkan gatal-gatal dan iritasi vagina iaitu:
- Vaginosis bakteria - Ianya normal untuk mempunyai campuran bakteria yang sihat di dalam faraj tetapi bakteria yang tumbuh boleh menyebabkan jangkitan. Selain gatal-gatal, gejala lain yang datang dengan vaginosis bakteria adalah keradangan, vagina terasa panas, keluar lendir dan bau hanyir.
- Penyakit kelamin (STD)
- Jangkitan yis (kandidiasis vagina)
- Menopaus
- Radang disebabkan bahan kimia - Sebilangan bahan kimia, termasuk krim, douches, kondom, kontraseptif, bahan pencuci pakaian, sabun, kertas tandas yang berminyak, dan pelembut kain boleh merengsakan vagina dan vulva.
Masalah ini dapat dirawat dengan konsultasi daripada doktor untuk mendapatkan ubat anti-kulat, anti-bakteria dan juga langkah-langkah pencegahan jangkitan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.













