
aidasabrina2003
5 tahun
Kegatalan yang amat pada kemaluan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.Saya masih pelajar sekolah dan berada di tingkatan empat. Saya mula mengalami kegatalan pada kemaluan bermula awal tahun 2019,pada mulanya saya ingatkan kegatalan tersebut biasa2 sahaja,tetapi semakin hari semakin teruk. Ada masanya,kemaluan saya langsung tidak boleh terkena air kerana saya akan rasa sangat pedih( mungkin kerana saya garu terlalu kuat ) tu yang saya pelik,gatal sangat dan sakit selepas garu. Saya dah tak tahan. Saya fikir mungkin sabun badan yg saya pakai tak sesuai,saya pun banyak kali tukar dan kesannya tetap sama. Apa nasihat doktor kpd saya?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah gatal pada bahagian kemaluan boleh disebabkan oleh :
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Sebelum sebarang rawatan diberikan, pemeriksaan perubatan yang terperinci haruslah dilakukan untuk memastikan diagnosis yang betul dapat dicapai dan rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Kami faham bahawa masalah ini adalah amat merunsingkan. Justeru, anda disarankan untuk mendapatkan rundingan tentang masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih