
Anonymous
6 tahun
Keguguran 10 minggu tetapi pregnancy test masih positive
saya telah keguguran berusia 10 minggu pada 3 minggu lepas, pendarahan juga berlaku selama 2 minggu shj minggu ke3 hanya tinggal cairan lendir. dan doktor mengesahkan saya tidak memerlukan rawatan susulan kerana semuanya sudah keluar. apbila menggunakan pregnancy test masih positif. dan masih merasa mual serta pening kepala. apakah ia normal? adakah saya mengalami keguguran tidak lengkap?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Namun begitu, selepas keguguran, ia akan mengambil sedikit masa sebelum hormon dalam tubuh anda kembali kepada asal. Oleh sebab itu, ia mungkin menjadi punca anda pening dan mual serta pregnancy test yang positif.
Sekiranya anda masih ragu-ragu atau risau, anda boleh rujuk kepada doktor kami untuk penerangan dan nasihat lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!