
Sulit
4 tahun
Keguguran berulang, adakah air kelapa menyebabkan keguguran? Apakah rawatan yang perlu saya buat untuk mengelakkan kejadian yang sama pada kandungan yang akan datang?
Hi, saya wanita berusia 32 tahun, hampir setahun usia perkahwinan, Saya telah mengandung sebanyak 2 kali. Namun, kedua-duanya gugur pada usia 5-6 minggu. Saya tidak mempunyai sejarah penyakit seperti diabetes, darah tinggi, mempunyai berat badan dan kitaran haid yang normal. Saya kerap minum air kelapa pada awal usia kandungan kerana berpendapatan air kelapa baik untuk kandungan. Namun, ada yang mengatakan air kelapa tidak baik untuk awal kandungan. Adakah perkara tersebut merupakan penyebab utama kepada keguguran saya. Apa yang perlu saya lakukan/ rawatan untuk mengelakkan perkara yang sama berulang?
Terima kasih

4 tahun
Terima kasih untuk soalan anda
Dua episod keguguran yang anda telah alami pasti menyebabkan anda berduka.
Keguguran berlaku bila semua atau sebahagian dari kandungan terkeluar atau dikeluarkan dari rahim pada usia kandungan kurang dari 22 minggu. Kandungan yang tidak menunjukkan perkembangan atau tidak lagi menunjukkan tanda-tanda hidup juga dirujuk sebagai keguguran jika berlaku kurang dari 22 minggu. Keguguran berlaku kepada 8-20% ibu mengandung. Kebanyakan kes (80%) berlaku sebelum minggu ke 13 manakala 20% berlaku pada ibu yang kurang dari 22 minggu mengandung.
Faktor-faktor yang meningkatkan risiko keguguran
- Usia ibu: ibu yang berumur (lebih tua) berisiko tinggi berbanding yang lebih muda
- Pernah keguguran sebelumnya: jika keguguran sekali, risko untuk gugur lagi adalah 20%, dan jika pernah 2 kali gugur, risiko adalah 30%. Risiko meningkat kepada 43% kalau pernah 3 kali gugur atau lebih.
- Merokok: merokok lebih dari 10 batang sehari (atau perokok pasif) boleh meningkatkan risiko
- Alkohol: pengambilan alkohol semasa mengandung walaupun sedikit boleh menyebabkan keguguran.
- Demam panas: melebihi 37.80C atau lebih boleh menyebabkan keguguran
- Trauma: trauma (kemalangan) dibahagian rahim semasa mengandung boleh meningkatkan risiko. Ini termasuk juga rawatan amniocentesis dan chronic villous sampling (sila lihat)
- Kafeine: pengambilan kopi atau bahan berkafein spt cola dan sebagainya berlebihan boleh meningkatkan risiko keguguran. Tidak digalakkan mengambil lebih dari 300mg sehari.
- Sebab-sebab lain: risiko meningkat kalau si ibu tercemar dengan bahan seperti: jangkitan, sesetengah ubat-ubatan, radiasi dan bahan-bahan kimia.
Untuk menjawab soalan anda, anda diminta untuk menjauhkan diri daripada minuman berkafein dan berbincang dengan doktor anda jika anda mengambil ubat yang mungkin mempunyai kesan buruk kepada bayi. Minuman air kelapa tidak akan menyebabkan keguguran.
Anda juga boleh lakukan ujian darah Antiphospholipid di hospital berdekatan kerana penyakit ini boleh menyebabkan keguguran.
Kami memahami kebimbangan ataupun dilema yang anda hadapi. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih