
natasyayushuhada
5 tahun
Keguguran berulang dan cara untuk menyelamatkan kandungan kalini
Hi doctor…saya berumur 28 tahun dan bekerja sebagai Sales and Marketing…Sebelum ini saya pernah mengalami keguguran awal antara 5w - 8w sebanyak 3 kali…dan semalam saya check UPT naik double line…oleh itu saya ingin bertanyakan kepada doctor apakah cara untuk menyelamatkan kandungan saya kalini?adakah saya perlu mengambil ubat kuatkan rahim atau injection supaya kandungan saya selamat dan tidak terjadi seperti kes sebelum ini?untuk pengetahuan doctor saya belum mempunyai anak dan sudah berkahwin setahun lebih…saya berharap sgt kandungan saya kalini selamat.Terima kasih doctor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi dinamakan recurrent miscarriage atau keguguran berulang. Masalah ini boleh disebabkan oleh berbagai punca antaranya masalah rahim, masalah genetik, dan sebagainya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat,dan rawatan yang sesuai maklumat lanjut dan ujian adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor berdekatan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.