
sitiily91
5 tahun
Keguguran berulang kali
Sekarang dh masuk 3 kali berturut turut sy gugur untuk tahun ketiga sy berkahwin. Sy ingin tahu apa patut sy buat & bagaimana untuk sy tahu punca keguguran ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, sekitar 60% penyebab keguguran adalah kerana masalah kromosom abnormal yang terjadi apabila embrio menerima bilangan kromosom yang salah sewaktu fertilisasi. Akan tetapi, kebanyakan wanita yang mengalami keguguran akibat ini hanya melalui pengalaman ini sebanyak satu kali sahaja.
Keguguran yang terjadi lebih dari dua kali hanya berlaku pada 1% wanita sahaja. Hal ini kerana terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan masalah ini, seperti:
- masalah translokasi chromosome sehingga menyebabkan embrio menerima chromosome berlebihan, menyebabkan ia gugur
- kelainan struktur rahim
- fibroid, polip rahim
- Asherman syndrome - menyebabkan perlekatan dan parut rahim
- penyakit autoimun
- diabetes
Merujuk kepada kes yang yang telah melibatkan tiga kali keguguran, sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk dilakukan pemeriksaan yang sesuai lantas diberikan rawatan tuntas.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.