
Sulit
3 tahun
Keguguran diatas faktor kesihatan
Assalam/salam sejahtera doktor sy sha istri sy pnh mgugurkan kndungan 3 mggu atas nasihat dktor kerana darah tggi yg terlalu tggi pd bln 2 skrg istri hamil kembali skrg dlm 1 ke 2 mggu last haid pd 8/6/ 2021 sy ingin btanya pd dktor adakah istri blh mgugurkan kndungan kali kdua.umur istri 35thn.mempunyai ank 5org bby ke 5 pramatang 34week.pd msa mgandung terdahulu jga istri ada pnyakit kncing mnis dan darah tggi.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang bolehkan isteri anda menggugurkan kehamilannya untuk kali kedua. Kami akan cuba memberi penerangan.
Untuk makluman anda, pengguguran kandungan tanpa sebab adalah salah. Oleh itu, sekiranya kandungan insteri anda pada kehamilan kali ini juga adalah berisiko, doktor yang merawat isteri anda akan membuat keputusan sekiranya perkara ini perlu dilakukan.
Kami faham anda dan isteri mungkin bimbang terhadap kehamilan yang mungkin akan berisiko ini, oleh itu sebaiknya anda merujuk perkara ini kepada doktor agar pemeriksaan lanjut dan nasihat boleh diberikan berdasarkan tahap kesihatan isteri anda dan kandungannya.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.