Sulit
4 tahun
Keguguran kali kedua
Saya wanita berumur 23 tahun. Pada bulan 7 tahun lepas saya alami complete miscarriaged. Dan bulan 12 saya disahkan memgandung sekali lagi, dan apabila kandungan berusia 9 minggu, saya perasan ada tompokan darah dan ia semakin banyak. Saya pergi ke klinik untuk scan dan dr sahkan baby saya sudah tiada heartbeat. Soalan saya, saya perlu tunggu sehingga ia turun sendiri atau perlu segera ke hospital untuk d&c?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sekiranya anda telah discan biasanya pihak hospital akan memberikan edukasi agar anda datang lagi untuk di-scan ulang dalam tempoh 2 minggu. Prosedur d&c hanya akan dilakukan dengan justifikasi oleh doktor sahaja. Justeru, silakan untuk mengunjungi doktor dan scan ulang dalam tempoh 2 minggu.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.