
Sulit
5 tahun
Keguguran kandungan dalam ¾ bulan selepas makan ubat gugurkan kandungan
saya berumur 27 . baru lepas keguguran 4 hari lepas ,punca keguguran sebab makan ubat utk gugurkan kandungan … kandungan dalam usia 3-4 bulan… normal ke bila masih ada pendarahan, payudara kiri membengkak , dan sakit dibahagian pinggang ? cara penyelesaian

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, semua wanita yang melahirkan mahupun keguguran akan melalui fasa nifas. Pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan, dan bersalin telah selesai dan tubuh badan anda telah kembali kepada kondisi tidak hamil. Sekiranya perdarahan terlalu banyak sehingga anda lemah, atau masih berlanjut setelah 6 minggu ataupun disertai gejala tambahan seperti sakit dan berbau, sebaiknya anda segera mengunjungi doktor untuk dilakukan perawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.