
marylisazainal
5 tahun
Keguguran pada minggu ke 5 kehamilan
doktor saya telah keguguran masuk hari kelima. Pada hari kedua telah turun darah bersama darah dan seakan tisu. Darah keluar banyak pada hari kedua. Pada malamnya saya berjumpa doktor dan telah scan mendapati rahim telah kosong. UPT masih positif. Saya diminta datang semula selepas seminggu. Hari ketiga keluar darah lagi bersama seakan kulit daging. Hari kelima masih keluar darah. Saya ada membuat UPT dan dapati line pada tingkap T masih ada cuma samar. Adakah saya belum sempurna alami keguguran. Atau adakah masih ada harapan kandungan masih ada? minta pandangan dan nasihat doktor. Terima kasih

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas pertanyaan.
Terdapat beberapa punca pendarahan trimester pertama:
• Pendarahan implantasi: Bintik-bintik pendarahan semasa proses implantasi kandungan pada dinding rahim
• Terancam keguguran: Mengalami pendarahan atau kekejangan. Kandungan itu pasti masih di dalam rahim (berdasarkan biasanya pada peperiksaan menggunakan ultrasound), tetapi hasil kehamilan anda masih dalam persoalan
• Keguguran selesai: Ini adalah penyebab utama pendarahan trimester pertama dan janin sudah keluar dari rahim (dipastikan dengan ultrasound)
• Keguguran tidak selesai: Janin telah mati tetapi masih terdapat darah beku dan tisu di dalam rahim
• Kematian janin dalam rahim
• Kehamilan ektopik: Juga dikenali sebagai kehamilan tiub
• Kehamilan molar: Ultrasound anda mungkin menunjukkan kehadiran tisu yang tidak normal di dalam rahim daripada janin yang sedang berkembang
• Pendarahan postkoital: Pendarahan vagina selepas hubungan seksual
• Pendarahan juga mungkin disebabkan oleh sebab-sebab yang tidak berkaitan dengan kehamilan (trauma atau jangkitan faraj)
Walaubagaimanapun, puan disarankan untuk berbincang dengan doktor. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih