
Sulit
4 tahun
Keguguran rambut drastik?
Apakah punca rambut gugur dengan sangat banyak?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan keguguran rambut yang sangat banyak dalam waktu yang singkat boleh disebabkan:
- Alahan kulit rambut pada produk rambut seperti sahmpu/minyak rambut
- Masalah hormon seperti kurang testosteron atau estrogen
- Masalah kurang zat besi dalam nutrien
- Kesakitan seperti kanser - jika menerima rawatan kimoterapi
- Pemakanan suplemen yang mempunyai kandungan bahan berbahaya
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.