
Sulit
4 tahun
Keguguran rambut secara drastic
Hello doctor . Saya lelaki berumur 22 tahun saya perasan rambut saya semakin banyak gugur. Tapi ibu bapa saya tiada masalah rambut. 2 bulan lepas saya kena denggi dan berat badan turun 7kg. Ada kaitan atau saya ada masalah lain ? Atau ada kena mengena dengan product rambut ? Sebelum ni saya tidak pernah ada masalah dengan rambut. Sekarang gugur secara drastic. Dan ada apa apa yang saya boleh buat untuk mencegah atau merawat ? Terima kasih doctor

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami dan turut bersimpati dengan kondisi yang telah disampaikan oleh anda. Untuk pengetahuan anda, masalah keguguran rambut secara umumnya lebih sering dialami oleh mereka yang mempunyai family history terhadap gangguan yang sama. Walaubagaimanapun, masalah keguguran rambut boleh juga disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress yang berlebihan
- Faktor ubat-ubatan
- Faktor genetik
- Penyakit atau gangguan kesihatan yang memerlukan rawatan susulan
Dapatkan supplement bagi mengurangi gejala rambut anda segera !
Walaupun terdapat kajian yang mengaitkan keguguran rambut secara tiba-tiba dengan penyakit yang berjangkit (i.e. jangkitan virus, penyakit denggi, dll) atau demam. Saya menyarankan anda untuk tetap berfikiran terbuka sehingga mendapat kata putus yang lebih jelas dari doktor yang lebih pakar.
Walaupun rawatan bagi menyelesaikan punca keguguran rambut memerlukan pemeriksaan lanjut dari doktor pakar, anda boleh mendapatkan supplement bagi merangsang pertumbuhan mahupun mengurangi keguguran rambut. Namun yang demikian, anda tetap digalakkan untuk menghubungi kami bagi mendapatkan informasi yang lebih lanjut. Sila klik di link tersebut. ( DoctorOnCall )