
husni181
4 tahun
Keguguran rambut yg drastik.dan segala bulu yg ada pada kepala cth misai.janggut.dan bulu kening
Saya berumur 44 thn.menghadapi sintem autoimum.sle.masalahnya ujian makmal darah normal .dokter yg telah saya temui gagal memberikan rawatan selanjutnya so apa yg patut saya buat terima kasih…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.
Untuk makluman anda, SLE merupakan penyakit autoimunisasi yang menyebabkan pelbagai simptom. Masalah autoimunisasi ini juga akan menyebabkan komplikasi lain seperti yang dialami anda yang juga dikenali sebagai “alopecia” akibat keradangan permukaan kulit muka and kulit kepala.
Masalah keguguran rambut dan bulu pada badan akan terkawal apabila rawatan yang diberi telah mencapai tahap optimum. Doktor anda mungkin perlu menukar atau menyelaraskan semula dos dan jenis ubat anda.
Namun begitu, masalah alopecia anda mungkin juga disebabkan oleh punca lain. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.