Sulit
4 tahun
Keguguran usia kandungan hampir 4 minggu
Kandungan saya msuk hampir 4 minggu. Kemudian saya keguguran. Bleeding hampir seminggu. Setelah seminggu bleeding saya stop. Breast sy masih sakit,kepala pening,rasa mual,pernafasan agak semput sedikit. Kenapa?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jika anda dibagi ubat untuk mengeluarkan kandungan, kemungkinan besar ini merupakan kesan sampingan ubat tersebut dan gejala-gejala ini akan hilang dalam masa seminggu atau dua.
Kemungkinan yang lain adalah tahap hormon kehamilan anda masih tinggi selepas keguguran dan ia memerlukan masa untuk jatuh ke tahap yang normal. Hormon akan memberi kesan seperti yang anda alami.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.