
Sulit
3 tahun
Kehamilan anak pertama 1st trimester
Doktor bolehkan sy berpuasa pada kehamilan 1st trimester? Dan betulkah kan ada risiko baby mengecut sekiranya sy berpuasa. Utk pengetahuan doktor sy hamil 9 minggu dan tiada alahan yg berat. Cuma kdg2 sy rasa cepat penat, Perut masuk angin kdg2 perlukan rehat yg cukup. Adakah itu tanda2 sy diharuskan utk berbuka jika berlaku keadaan sedemikian. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, terdapat kemudahan untuk dibolehkan tidak berpuasa bagi mereka yang tidak larat atau uzur lebih-lebih lagi apabila sedang hamil. Namun, jika anda larat, anda dibolehkan untuk berpuasa walaupun terdapat beberapa risiko untuk mendapatkan bayi yang lebih kecil apabila berpuasa pada waktu sedang hamil, lebih-lebih lagi sewaktu trimester kedua kehamilan.
Namun, berpuasa semasa mengandung memerlukan pemeriksaan lanjut oleh doktor. Bantuan kami di forum ini adalah terhad kerana anda perlu diperiksa secara fizikal dan klinikal untuk mengetahui sama ada anda boleh meneruskan puasa ataupun tidak. Selain itu, maklumat lanjut mengenai kehamilan anda perlu diketahui juga.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.