Sulit
3 tahun
Kehamilan di usia 35 ke atas
Salam doc… sy nak tanya adakah betul jika seseorang wanita hamil d usia 35 dan ke atas sukar untuk melahirkan anak? Sy sekarang berusia 33 ada seorang anak berumur 6 thn. Cuma sy belum ready utk hamil anak ke 2… apa nasihat @ saranan doc?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Pada dasarnya bagi menilai kemampuan atau kesesuaian seseorang wanita untuk meneruskan perancangan kehamilan selanjutnya, kami perlu tahu sejarah kesihatan, kondisi saat ini dan juga pemeriksaan lain yang terkait dengan infertiliti semasa. Oleh itu saya sangat sarankan anda untuk kembali berjumpa doktor di klinik atau hospital yang berdekatan agar informasi yang diberikan lebih tepat.
Untuk pengetahuan puan juga, sememangnya menurut konsensus umum, jarak kehamilan yang digalakkan adalah 2 hingga tiga tahun di antara kehamilan. Selain itu, berdasarkan info dari pakar, umumnya risiko wanita hamil pada umur 35 tahun keatas lazimnya tertumpu kepada mereka yang mempunyai sejarah penyakit seperti:
- tekanan darah tinggi
- diabetes ketika hamil
- kematian janin dalam rahim
- keguguran
- operasi cesarean
- berat bayi lahir terlalu ringan
- kelahiran bayi premature
- kelahiran bayi dengan gangguan genetik (i.e. down syndrome)
Justeru berbincanglah dengan doktor anda (bersama-sama suami) untuk mendapatkan saranan dan nasihat yang lebih komprehensif berkenaan rancangan keluarga anda bersama.
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan wanita anda dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).