
Anonymous
5 tahun
Kehamilan implantasi
Dua hari sebelum ni sya Dan suami melakukan hubung intim… Dalm 2 hari saya check ada darah yg menggumpal sedangkan period saya baru saja hbis… Adakah saya mengandung doc?

5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doctor.
Kami memahami kebimbangan anda teerhadap hal ini.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan pendarahan selepas seks.Antaranya ialah:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Cervical ectropion
Anda disarankan untuk melakukan ujian kencing untuk kehamilan (UPT) untuk memastikan kehamilan. Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Terima kasih