
Anonymous
5 tahun
Kehamilan kedua dan alahan
Saya berusia 25 thn . Saya telah membuat ujian urine test pregnant . Dan hasilnya positif.
Akan tetapi saya bgitu khuatir apabila sy tidak mengalami sindrom kehamilan mahaupun alahan . Adakah normal bagi sy
Dan sy juga tidak mengalami pendarahan mahupun sakit yg memudarat kan sehingga kini .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Tahniah kami ucapkan. Untuk menjawab persoalan puan, tidak semua orang akan mengalami alahan ketika mengandung. Alahan morning sickness laizmnya disebabkan peningkatan hormon beta human chorionic gonadotrophin (BHCG) dan ada sesetengah orang mampu bertahan dengannya sehingga tidak mengalami alahan. Namun, saya sarankan anda terus mengikuti temujanji ulangan (follow up) dengan pakar perubatan seperti biasa.
Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan berkenaan kehamilan. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.