
Sulit
4 tahun
Kehamilan lewat usia
Sy berumor.48thn, kali terakhir bersalin secara ceaseran ketika 45thn. Period sy lewat 10hr …bila cek guna upt…cek air kencing, negative, sy x hamil. Tapi period blum dtg. Sy x bercdg utk hamil sbb dah berusia n faktir kesihatan n br je operate bersalin… Apa sy perlu buat?. Adakan ujian kehamilan sy x tepat?.last period 18/1. Last bersama suami 3minggu lepas. Sy malu nknke klinik. Hrp dpt jwpn dr doc.tq

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Untuk pengetahuan anda, UPT hanyalah salah satu cara untuk mengenalpasti kehamilan. Terdapat juga cara lain seperti ujian darah dan ultrasound. UPT berfungsi dengan mengesan hormon hCG yang dirembeskan oleh wanita ketika mengandung. Sekiranya hormon ini tidak cukup tinggi di awal usia kandungan, ujian UPT boleh memberikan keputusan negatif walaupun anda mengandung.
Tambahan lagi, menurut konsensus umum, kemampuan atau kesesuaian seseorang wanita untuk meneruskan perancangan kehamilan pada umur 40 tahun ke atas adalah sangat tidak wajar dan mempunyai risiko-risiko yang dapat membahayakan kandungan dan kesihatan wanita.
Justeru untuk mengenalpasti kondisi rahim anda, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor atau melakukan ujian kehamilan UPT dengan cara yang betul.
Namun di kesempatan ini saya juga menyarankan anda dan suami untuk berbincang dengan doktor bagi mendapatkan saranan dan nasihat yang lebih komprehensif berkenaan perancangan keluarga anda di masa akan datang.
Jalinkan hubungan mesra dengan risiko kehamilan yang rendah.
Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).