Anonymous
4 tahun
Kehamilan luar rahim
Saya berusia 37 tahun,hamil anak yang ke-6.masalah sekarang saya baru tahu saya hamil setelah menggunakan upt,dan naik double line.last haid 16/07/2019.setelah itu saya ke klinik untuk scan.dan doktor cakap tak nampak katung.pertanyaan saya adakah normal dengan usia janin 7minggu tak nampak katung.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, gejala yang anda nyatakan/keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antaranya pertanyaan yang memerlukan penjelasan lanjut adalah:
- Bilakah tarikh haid terakhir puan? Di atas puan menuliskan bahawa haid terakhir adalah 16/7/2019 sedangkan tarikh hari ini adalah 4/7/2019
- Apakah puan sedang menggunakan alat atau ubatan untuk kontrol kehamilan?
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih