
azwanaliff666
6 tahun
Kehamilan semasa period
Assalam dan salam sejahtera Doktor.
Lebih kurang tiga minggu lepas,23-23hb 3 ,saya dan isteri membuat hubungan kelamin. Dan pada tarikh 5hb 4, isteri sy period. Tapi period dia hanya dua hari sahaja. Hari ketiga ada setitik darah keluar,kemudian sampai hari ini tiada darah. Dan dia mengadu loya-loya. Adakah kemungkinan dia mengandung? Terima kasih.

6 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk maklumat anda, spotting atau pendarahan sedikit seperti yang anda ceritakan boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan pil perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Untuk mengetahui penyebab keadaan anda, maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan. Anda boleh mendapatkan alat ujian kehamilan di farmasi dan melakukan ujian di rumah dan mendapatkan nasihat lanjut untuk masalah ini. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOncall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.