
Sulit
3 tahun
Kehamilan semula setelah keguguran
Hi Doktor, sy berumur 24 tahun … 2 tahun lepas saya pernah keguguran untuk kehamilan pertama dan tidak melakukan pencucian rahim dsbbkn darah telah banyak keluar ketika itu… setelah itu saya dan suami tidak lagi merancang untuk hamil memandangkan sy dan suami berjauhan dan tidak mengambil sebarang pil pencegah ketika itu… tapi pada tahun ini setelah kami tinggal berrsama dalam 7 bulan yg lepas sy dan suami berusaha untuk mndapatkn zuriat semula. period saya teratur.saya juga telah pergi ke klinik kesihatan berdekatan untuk mengetahui masalah rahim saya dan diberitahu rahim saya tidak mempunyai sebarang masalah. Soalan saya , adakah keguguran terdahulu dan tidak melakukan pencucian rahim menyebabkan sukar untuk hamil semula? ape yg perlu saya buat doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman puan, pada kebanyakan orang, tempoh perdarahan nifas yang normal adalah sekitar 6 minggu setelah melahirkan mahupun keguguran. Apabila darah nifas anda telah berhenti, ini bermakna perubahan badan akibat kehamilan dan bersalin telah selesai maka tubuh badan anda telah kembali kepada keadaan tidak hamil. Pada masa ini, tubuh anda telah bersedia untuk hamil lagi.
Kembali kepada soalan puan di atas, kebiasaannya wanita boleh menjadi hamil semula walaupun pencucian rahim tidak dilakukan.
Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan kesukaran hamil seperti masalah struktur rahim, masalah dari suami dan sebagainya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan