
nuraqlah9
5 tahun
Kehamilan seseorang individu
Dr , saya nak tanya . Kalau seorang tu buat kelamin tengah dalam fasa penebalan & si lelaki tidak pancut dalam , boleh kan dia mengandung?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kehamilan kebiasaannya berlaku sewaktu ovulasi iaitu hari ke-14 dari hari pertama haid sehingga sebelum haid.
Terdapat 4% peluang untuk kehamilan sekiranya zakar dikeluarkan sewaktu puncak hubungan intim.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.