Sulit
2 tahun
Kehamilan Terlalu Awal
Hai, sy syukri, sy baru berkahwin, so pada malam pertama, kami merancang tidak mempunyai anak. Tetapi skrg, wife sy tidak period, dia ngidam macam². So apa yg perlu sy buat?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk makluman anda, sekiranya isteri anda mengalami tanda-tanda kehamilan seperti muntah, tiada haid pada bulan seterusnya, kembung perut serta perubahan mood, isteri anda digalakkan untuk melakukan ujian untuk kehamilan. Ujian kehamilan boleh dilakukan sendiri di rumah. Akan tetapi, jika pihak anda menginginkan kepastian, pihak anda boleh ke mana-mana klinik untuk ujian yang lebih tepat.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih