
Sulit
2 tahun
Kehausan dan tekak kering yang berpanjagan
Saya sering mengalami haus dn tekak kering yang berlanjutan . wlpn sy dh mnum byk air . ape pnyakit ini ? dn cara mengatsi ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kencing manis
- kandungan kalsium yang tinggi dalam darah
- Diabetis Insipidus
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan seperti usia, gejala berkaitan iaitu sakit tulang, kurang selera makan, sejarah keluarga seperti memiliki buah pinggang.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.