
Sulit
4 tahun
Keinginan untuk bunuh diri
Hi doc,saya pelajar sebuah kolej,berusia 20 tahun. Saya sudah beberapa minggu berada dlm keadaan sedih dan ada rasa ingin bunuh diri. Malah saya juga mula self harm. Saya rasa diri saya tak berharga dan tak ada apa lgi yg boleh buatkan saya gembira.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang permasalahan yang dialami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pelbagai perkara boleh menyebabkan kondisi sebegini berlaku seperti:
- Tekanan emosi
- Kemurungan
- Keresahan
- Masalah gangguan hormon
- Kurang rehat
Dalam situasi pandemik sebegini, kemungkinan besar anda mengalami tekanan emosi dari persekitaran yang menyebabkan anda menghadapi gejala ini. Saya menasihatkan anda untu berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Elakkan diri anda daripada mencederakan diri sendiri. Sekiranya anda rasa untuk bunuh diri, fikirlah berkali-kali kerana keputusan sebegini sangatlah tidak patut diambil. Sila hubungi talian organisasi Befrienders atau menghubungi talian bantuan 24 jam Suicide helpline 0379568145 untuk meluahkan masalah anda secara peribadi dan mereka boleh bantu anda.
Dapatkan rehat yang anda perlukan dengan tidur yang berkualiti.
Buat masa sekarang, anda boleh alihkan perhatian anda dan lakukan perkara berikut:
- Luahkan masalah anda kepada individu yang anda percaya
- Berbincang semula dengan keluarga anda dan cuba selesaikan masalah yang anda sedang hadapi
- Meluangkan masa untuk berfikir sejenak
- Elakkan dari melakukan perkara yang boleh mendatangkan kecederaan dan mudarat kepada diri anda
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.