
ainamahmud96
5 tahun
Kejang otot di bahagian pinggang
Assalamualaikum and Hi .Saya Nina umur 23 .Saya selalu kena krem(kejang otot) bhgn pinggan bila saya toleh kiri atau kanan .Bila kita toleh sama ada kir atau kanan je mesti dia krem .Ada tips tak utk hindarkan kejang otot ni ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kejang otot adalah kontraksi (penguncupan) otot yang kuat, menyakitkan atau mengetatkan otot yang tiba-tiba dan berlangsung dari beberapa saat hingga beberapa minit. Antara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah ini adalah:
- regangkan dan urut otot
- berikan kompres panas
- boleh juga kompres sejuk
- dapatkan preskripsi doktor untuk mengambil painkiller
- perbanyakkan minum serta minuman isotonic
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Photo by Jacob Postuma