
balkish.aqish
5 tahun
Kejang pada ari-ari kanan
Saya wanita berusia 27 tahun. Sudah berkahwin selama 3 tahun lebih, tidak mempunyai cahaya mata, saya dah melepasi 2 minggu waktu priod, akhir-akhir ni, saya mengalami sakit(kekejangan) di bahagian ari-ari kanan sehinggakan badan rasa lemah, bersertakan lenguh dipingang, kejang di bahagian punggung, sebelum ni saya ada buat scanning test… Terdapat cyst kecil di kawasan tersebut… Adakah saya hamil… Atau ni punca cyst tersebut? Atau ada penyakit lain ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit perut boleh disebabkan:
- Keracunan makanan
- Radang apendiks
- Sembelit
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
- Bagi wanita - kehamilan ektopik/Penyakit radang pelvis/ovulasi
Sekiranya anda mengalami demam, cirit-birit, najis berdarah ataupun kurang berat badan secara drastik, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.