
Sulit
5 tahun
Kejang pada bawah bahagian perut
umur sy 30thn dan 2 org anak…anak no 2 sy ada cucuk perancang dexa tetapi hampir 2 tahun sy berhenti utk cucuk dexa…dan selama tu juga sy period hanya 2bulan dan tidak lg haid sy dtg…pada bulan lepas sy terjatuh ketika bermain bola jaring dan malam tu di bahagian bawah perut rase kejang dan kadang2 terasa ada pergerakkan…kenapa ye doktor😔

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kekejangan perut yang anda alami boleh disebabkan:
- Kekejangan otot pelvis
- Ketidak stabilan hormon seperti ovulasi
- Radang pundi kencing - akibat jangkitan kuman atau batu karang
- Kehamilan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.