
Sulit
4 tahun
Kejang perut hingga tulang belakang
saya remaja berusia 19 tahun dan sering mengalami kejang perut hingga tulang belakang dan sukar untuk bernafas seketika. Sebelum ini saya ada mendapatkan rawatan dipelbagai klinik dan hospital kerajaan dan keputusan mereka ialah saluran air kencing saya dijangkiti kuman. Selepas makan ubat yang diberikan doktor saya sihat semula tetapi lama kelamaan ia hadir kembali. Selain itu juga saya pernah menjadi suspek apendiks kerana sakit di bahagian kanan. Adakah normal bagi perempuan yang tidak mengandung merasai sakit yang sedemikian?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah kekejangan perut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya ialah :
- Penyakit radang pelvis
- Radang apendiks
- Ovulasi/kehamilan ektopik/endometriosis
- Penyakit radang usus
- Jangkitan saluran air kencing/buah pinggang
Anda disarankan untuk ke klinik dengan segera jika mengalami gejala-gejala seperti ini:
- Hilang selera makan
- Loya
- Muntah
- Cirit-birit
- Sembelit
- Ketidakupayaan untuk kentut
- Perut kembung
- Demam
- Kekejangan perut
- Sakit semasa membuang air kencing
Jika anda mengalami kesakitan yang semakin teruk di bahagian perut harus mendapatkan perhatian perubatan dengan segera. Untuk mengetahui punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih