
jeeayeppeuda
5 tahun
Kekeliruan mengenai covid 19
Sy tlh t’baca dgn satu kenyataan dr pengarah kesihatan di slh satu ig berita tempatan yg mengatakan punca kematian covid 19 adalah krn lambat m’dptkn rawatan iaitu sudah berada di peringkat ke3 (kesukaran bernafas). Sy keliru dgn kenyataan tsbt. Bagaimana seseorang itu hendak m’dptkn rawatan sekiranya dia sendiri tidak mempunyai simptom tsbt & hanya menyedari stlh di peringkat ke3? Adakah betul doktor hnya akn beri perhatian jika seseorang itu memiliki kesemua simptom tsbt.? dn jika tidak, seseorang itu dianggap tidak perlu dihiraukan meskipun dia hnya mempunyai salah satu simptom tsbt…

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini. Untuk makluman anda, kos ujian saringan serta penggunaan rawatan di hospital amat tinggi dan terhad. Sekiranya setiap rakyat malaysia hadir untuk membuat saringan walaupun tidak mempunyai gejala maka, kerajaan tidak boleh menanggung pembiayaan tersebut dan rakyat perlu mengeluarkan kos rawatan tersebut. Selain itu, keperluan ujian saringan adalah untuk mereka yang berisiko tinggi, iaitu mempunyai gejala dan baru pulang dari luar negara atau mempunyai kontak rapat. Mereka ini perlu lebih di dahulukan berbanding golongan yang tidak mempunyai gejala.
Buat masa ini juga, rawatan yang diberikan oleh setiap hospital di pelusuk dunia ialah terhad kepada merawat simptom yang dihadapi pesakit. Jika pesakit tidak mempunyai simptom, maka, rawatan apakah yang boleh disalurkan kepada mereka. Maka, oleh sebab itu, hanya mereka yang bergejala dan berisiko tinggi boleh dirawat buat masa ini.
Setiap manusia itu unik. Begitu juga gejala yang dihadapi. Kebiasaannya, mereka yang berusia 40 tahun keatas, menghidap penyakit kronik lebih berisiko mendapat komplikasi atau tahap akhir penyakit. Maka, jika anda tergolong dalam golongan ini serta berisiko tinggi, anda boleh mengunjungi hospital untuk rawatan lanjut.
Keperluan ujian adalah bergantung kepada risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini