
Sulit
3 tahun
Kekeliruan result pregnancy test
Hi doctor, saya ada mengalami PCOS. Dan semalam saya ada buat pregnancy test. 1/3 pregnancy test tu adalah positif yang samar-samar. Manakala 2/3 adalah negatif. Bagaimana saya nak pastikan result saya positif atau negatif? Agak keliru disitu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Anda dapat mengenalpasti keputusan UPT anda dengan merujuk manual alat ujian tersebut. Merujuk penerangan anda, kebanyakan kemungkinan bahawa anda telah mendapat keputusan negatif daripada ujian tersebut, secara khususnya sesetengah test kit mungkin terdapat perkataan “C” dan “T”, keputusan dikira positif sekiranya kedua-dua garisan didapati di bahagian “C” dan “T”.
Anda dicadangkan untuk mengulangi ujian UPT dan memantau diri sama ada sebarang simtom-simtom awal kehamilan seperti loya dan pening. Anda juga boleh menyemak maklumat berkenaan secara lanjut dengan doktor anda sekiranya anda berasa tidak yakin dengan keputusan UPT…
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.