
Sulit
4 tahun
Kekeliruan untuk melengkapkan vaksin HPV. Perlukah saya untuk melengkapkan pengambilan vaksin atau cukup sekali sahaja penganbilan vaksin tersebut
Saya wanita, umur 25(2020),semasa saya berumur18 tahun(2013) saya telah mendapatkan vaksin HPV sekali sahaja, saya tidak teruskan untuk vaksin susulan.
Perlukah saya lengkapkan pengambilan vaksin ini atau bagaimana?
Terima kasih Doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berkenaan dengan soalan anda, jadual bagi imunisasi HPV yang disyorkan adalah seperti berikut:
- Usia 14 tahun dan ke bawah menerima 2 dos vaksin HPV. Dos kedua patut diterima 6-12 bulan selepas dos yang pertama.
- Usia 15 tahun dan ke atas menerima 3 dos vaksin HPV. Dos kedua patut diterima 2 bulan selepas dos yang pertama. Dos yang ketiga patut diterima 4 bulan selepas dos yang kedua (pada bulan 0, 2 dan 6).
Sekiranya jadual pemberian vaksin ini terganggu, ia tidak perlu dimulakan semula. Mereka yang telah menerima satu atau dua suntikan patut meneruskan suntikan yang seterusnya sehingga jadual imunisasi lengkap walaupun masa yang telah berlalu sudah melepasi jangka masa yang disyorkan.
Kajian menunjukkan bahawa walaupun orang tidak mematuhi jadual imunisasi dengan ketat vaksin tersebut mungkin masih berkesan. Namun begitu, anda dinasihatkan supaya mematuhi jadual yang disyorkan dengan sebaik mungkin supaya mendapat perlindungan yang sepenuhnya.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Ragu-ragu tentang vaksin? Konsult Doktor Kami Secara PERCUMA!