
Sulit
4 tahun
Kekerapan buang air besar bagi kanak-kanak lelaki umur 3tahun
anak saya berusia 3 tahun,lelaki.anak saya mempunyai selera makan yang rendah,namun kebelakangan ini dah semakin baik, makan pun berselera cuma,dalam masa seminggu tu,5/6 hari baru dia membuang air besar. adakah ini normal/tidak? setiap kali dia membuang air besar,dia akan menangis dan cakap sakit. apa yang perlu saya lakukan? terima kasih doctor untuk jawapanya nanti.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anak anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anak anda hadapi iaitu tidak dapat membuang air besar selama beberapa minggu atau sembelit. Untuk makluman anda, sembelit ialah apabila kekerapan untuk membuang air besar berkurangan dan kesukaran untuk membuang najis. Sembelit merupakan satu gejala, bukannya satu penyakit.
Sebab-sebab biasa berlakunya sembelit ialah:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal .
- Pengambilan ubat
- Menahan untuk membuang air besar.
- Kekurangan air.
- Penyakit atau keadaan tertentu
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
Disini kami sarankan anak anda untuk :
- Minum air dalam kuantiti yang banyak
- Makan buah buahan dan sayuran
- Pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang
Dapatkan khidmat kepakaran doktor gastroenterologi untuk menyelesaikan masalah sembelit anda .
Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Jawapan ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih