
mieradec93
4 tahun
Kekerapan mengalami lenguh kaki setiap malam bagi pesakit buah pinggang
Salam sejahtera Doktor. Saya nak bertanyakan berkenaan ibu saya. Beliau pesakit buah pinggang dan sekarang dalam rawatan CAPD (cuci air). Setiap malam ibu saya mengalami lenguh kaki kedua-dua belah kaki. Saya ingin bertanyakan pendapat doktor mengenai hal tersebut dan mungkin doktor boleh bagi cadangan/pendapat cara untuk mengurangkan atau mengatasi permasalahan ini?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan sakit kaki. Antaranya:
- Tendonitis
- Dehidrasi
- Kecederaan pada tumit disebabkan oleh retakan tekanan
- Terseliuh
- Plantar fasciitis (Keradangan tisu penghubung pada tapak kaki)
- Bursitis (Bursa adalah pelindung antara sendi dan antara tendon dan tulang. Keradangan bursa di bahagian belakang tumit boleh menyebabkan bengkak dan sakit di tumit)
Masalah lenguh ini boleh berkaitan dengan sakit buah pinggang yang ibu anda alami ataupun disebabkan sakit lain. Oleh itu, pemeriksaan lanjut hendaklah dilakukan bagi mengetahui puncanya.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.