
Sulit
4 tahun
Kekerapan Saringan Covid19
Suami sy tinggal di Kuantan dan biasanya balik kampung di Trg setiap hujung minggu. Terkini kerajaan menasihatkan orang yang masuk ke Trg supaya membuat saringan. Adakah selamat jika suami sy membuat saringan setiap 2 minggu, atau perlukah dia membuat saringan setiap kali balik kampung? Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kemuyskilan anda berkenaan kenyataan anda di dalam ruangan soalan. Untuk maklumat anda, saringan perlu dibuat sekurang-kurangnya tiga hari sebelum membuat perjalanan kerana kita tidak tahu sama ada seseorang itu mendapat kontak COVID-19 sebelumnya dan perkara ini juga bergantung kepada protokol yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri.
Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh menghubungi pihak berkaitan seperti Majlis Keselamatan Negara ataupun hubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC) untuk mendapatkan penjelasan mengenai saringan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Selain dari itu, anda juga boleh menghubungi kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak kami. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini