
Sulit
5 tahun
Kekurangan hormon pada usia remaja
Saya lelaki berusia 19 tahun,adakah saya kekurangan hormon?,kerana saya kurang terangsang dari segi rangsangan seksual atau kekurangan libido,dan saya ada simtom2 ED doktor.Apakah solusi utk masalah saya doktor,mohon penjelasan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, tiada nafsu seks dan keghairahan juga dikenali sebagai libido rendah. Kondisi ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- akibat ubatan
- akibat pengambilan alkohol
- masalah tidur
- stress
- penuaan
- kurang bersenam
- masalah hormon
Selain merujuk ke doktor tentang masalah hormon, sebaiknya anda cuba untuk atasi penyebab-penyebab diatas kerana sedikit sebanyak dapat mempengaruhi libido anda. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut masih diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.