
Sulit
4 tahun
Kelakuan pelik anak autisme
Salam Sejahtera doc, saya mempunyai anak perempuan sulung berumur 12thn yang mempunyai mild autisme. Dia kini masih menjalankan terapi di PPUM. Baru-baru ini saya adopt kitten atas permintaan anak-anak saya. Apa yg berlaku, ank sulung saya mempunyai perangai yang pelik, iaitu dia addicted makan makanan kucing (wet food) yg pada asalanya dia sekadar mencuba2 tanpa pengetahuan saya. Selain itu, dia turut berkongsi aiskrim dengan kucing tersebut (jilat aiskrim sama2). Dia sgt sayangkan kucing tersebut. Adakah perangai dia itu normal untuk kanak2 sepertinya? Saya telah menghubungi pihak PPUM namun mereka memberitahu untuk tunggu maklum balas dari mereka memandangkan semua temujanji di tangguh disebabkan PKP ini. Mohon penjelasan doc,thanks in advance.

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah ini berkemungkinan mempunyai kaitan gejala yang dimanifestasikan oleh kanak-kanak autisme. Walaubagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Hal ini juga hanya boleh dibincangkan bersama doktor pakar kanak-kanak (paediatric). Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.