
Sulit
3 tahun
Kelayakan menerima vaksin
Saya lelaki berumur 48 tahun. Dua hari yang lepas anak saya didapati positif melalui ujian rtk antigen di klinik swasta dan dia kini sedang menerima rawatan di tempat tertentu. Kes saya ialah bahawa saya dijadualkan menerima vaksin pada 14/6/21 ini tetapi kkm belum ada memaklumkan kami sekeluarga perlu swab atau tidak. Boleh kah saya turun menerima vaksin pada hari tersebut?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa temujanji vaksin anda sudah dekat namun status kesihatan masih belum dimaklumkan jika memerlukan ujian saringan ataupun tidak.
Untuk pengetahuan anda, JKJAV memaklumkan, individu yang mempunyai tiga status berikut di aplikasi MySejahtera masing-masing diminta supaya tidak hadir ke Pusat Penerimaan Vaksin (PPV).
Tiga status berkenaan adalah kes yang disahkan (tidak bergejala), kes suspek dan individu dalam pemantauan.
JKJAV turut menasihatkan penerima vaksin supaya tidak hadir ke PPV sekiranya salah seorang daripada ahli keluarga mereka dikuarantin di rumah kerana mempunyai kontak rapat dengan pesakit positif Covid-19.
Bagi tiga status yang berkenaan boleh hubungi talian hotline untuk batalkan janji temu sebelum tarikh baharu akan dijadualkan semula kemudian.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menghubungi pihak KKM atau PKD untuk mengetahui langkah seterusnya. Menurut KKM, kontak rapat perlu melakukan ujian saringan dan melakukan kuarantin.
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan pandangan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini