
Sulit
4 tahun
Kelayakan untuk vaksin sekiranya mengalami isu kesihatan lain
Saya perempuan berumur awal 30-an, ada buasir luaran, perkara ini sudah lama tetapi saya tidak membuat apa-apa rawatan kerana ia tidak sakit. Adakah dengan keadaan saya ini berisiko sekiranya divaksin, adakah ia mempengaruhi kesan sampingan vaksin tersebut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan informasi terkini, vaksin COVID-19 adalah selamat untuk diberikan kepada individu yang mempunyai masalah buasir. Setiap lapisan masyarakat (termasuk golongan berisiko) sememangnya di galakkan untuk mengambil suntikan vaksin COVID-19 agar rantaian jangkitan COVID-19 dapat dihentikan secara menyeluruh.
Walau bagaimanapun, adalah lebih baik anda mendapatkan kepastian selanjutnya dari doktor atau doktor pakar di klinik atau hospital yang berdekatan. Anda juga boleh menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Krisis (CPRC).
Selain daripada itu, anda dinasihatkan untuk terus mengamalkan penjarakan sosial/fizikal, menjaga kebersihan, memakai pelitup muka di luar rumah dan patuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.
Talian CPRC:
0388810200
+60178429454
cprc@moh.gov.my
Ingin meningkatkan imuniti tubuh? Suplemen merupakan pilihan yang tepat!
Jawapan ini adalah keterangan am tentang perkara ini.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini