Sulit
3 tahun
Kelenjar thyroid bengkak dan susah untuk menelan dan kadang-kadang rasa tak selesa
Hai doc,saya nak tanya…saya ada buat ultrasound thyroid n kelenjar thyroid saya abnormal sbb bengkak,saya dah buat ujian darah untk cek sama ad hormon saya ad problem,tp bila buat blood test,normal sahaja and bengkak xsurut.
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan kelenjar tiroid menjadi bengkak seperti:
- Kekurangan iodine
- Penyakit Grave’s
- Penyakit Hashimoto’s
- Multinodular goiter
- Kanser tiroid
- Kehamilan
- Keradangan tiroid
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Dapatkan kelegaan sakit tekak dan lalui hari anda dengan ceria.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.