Sulit
2 tahun
Kelesuan dan sakit tekak
Saya ada bersama dengan rakan sekerja (situasi Kontak Rapat) 8 hari sebelum dia disahkan positif. Adakah saya dalam kategori kontak rapat? Saya ada mengalami gejala sakit tekak, sakit badan dan hidung tersumbat. Deria rasa dan bau masih ada.
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai sejarah kontak rapat dengan rakan sekerja 8 hari sebelum individu tersebut mendapat pengesahan positif COVID-19. Kini anda mengalami simptom sakit tekak, sakit bada, lesu serta hidung tersumbat. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kontak rapat adalah individu yang berinteraksi secara terus dengan pesakit COVID-19, dua hari sebelum mereka mempunyai simptom serta 10 hari setelah dipastikan mereka positif COVID-19. Memandangkan tiada maklumat jika rakan anda mengalami gejala pada waktu itu, anda perlu menganggap diri anda sebagai kontak rapat kes tersebut.
Saranan daripada KKM adalah untuk anda mendapatkan ujian pengesahan COVID-19 di rumah serta menjalani kuarantin kendiri jika mempunyai gejala ringan di rumah selama 10 hari. Kuarantin perlu dijalankan walaupun keputusan ujian tersebut negatif. Anda boleh mendapatkan kit ujian COVID-19 di laman sesawang kami. Kami juga sarankan agar anda memberitahu Pusat Kesihatan Daerah anda perihal situasi semasa anda agar mereka cakna akan keadaan anda jika ia merundum.
Bagi maklumat lanjut, sila hubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini