
Sulit
5 tahun
Keliar air dari kemaluan,adakah petanda ingin bersalin
Saya sedari lepas minum air kelapa saya dapati ada cecair jernih keluar dari kemaluan saya…adakah itu petanda ingin bersalin?sekarang saya 39 minggu 5 hari…1st baby

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, sukar untuk saya mesatikan cecair tersebut disebabkan apa. Terdapat kemungkinan bahwa cecair tersebut adalah air kencing, cecair dari faraj atau air ketuban.
Antara cara untuk mengetahui jika air tersebut dari ketuban adalah, gunakan pad yang kering kemudian baring selama 15 minit. Oleh kerana graviti, air tersebut tidak akan keluar. Jika pad anda basah, besar kemungkinan ianya air kencing atau cecair dari faraj. Sekiranya ia air ketuban, ketika anda berdiri air tersebut akan keluar dan membasahi pad anda. Sekiranya ia cecair dari air ketuban, dan jumlah yang keluar adalah banyak anda disarankan untuk ke hospital.
Selain itu, petanda untuk anda melahirkan bayi adalah keluar cecair lendir dan darah dari faraj (show) diikuti sakit perut. Sekiranya anda tidak mengalami apa-apa gejala sehingga tarikh due date yang dibenarkan, anda digalakkan untuk ke hospital kerana bayi tidak boleh dibiar terlalu lama dalam kandungan selepas tarikh due date.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami.
Semoga anda dan bayi selamat. Terima kasih.